Wahh...1st post for 2013??!!! hehehe....busy sampai terbiar je jadi nye blog ni...
Ok, sekarang dah June 2013, almost nak masuk 6 bulan title bertukar kepada 'Puan' which is wife kepada En.Suami saye.. =) Alhamdulillah syukur sangat, perasaan kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Yela setelah lama menyulam kasih (lama ke...ermm..ok la kire lama la jugak kan..=p) kami telah selamat diijabkabulkan pada 16 September 2012 dengan sekali lafaz oleh En.Suami saye...Alhamdulillah.
Kehidupan rumah tangga kami sebagai pasangan suami isteri mungkin tak sama dengan pasangan yang lain sebab kiteorang masih berjauhan dan tidak tinggal sebumbung. En.Suami di Kuantan dan saya masih di sini bekerja untuk mencari rezeki. Kami berjumpa sebulan sekali saje ...kesian kan tapi bagi saya it's ok..at least kite masih boleh berjumpa and rasa rindu-rinduan yela duduk jauh dan nak jumpa pun jarang. Bagi saya semua ini ada hikmahnya dan saya percaya InsyaAllah segala rintangan yang datang ini akan menjadi indah, Ameen~
Oklah next time sambung story-mory lagi ek..daaa~
Wasalam
☆|C|H|e|R|i|T|e|R|a|☆
Wednesday, June 5, 2013
Thursday, April 5, 2012
Kena tahu...
♥ PEREMPUAN KENA TAHU
Seseorang lelaki yg benar2 mencintai mereka tidak akan membiarkan mereka pergi tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun...
♥ LELAKI KENA TAHU
Seseorang wanita yg benar2 mencintai kamu, akan marahkan kamu untuk banyak perkara tetapi masih terima kamu seadanya walaupun kamu menyakitkan hatinya...
![]() |
| marah2 sebab sayang .. |
Wednesday, March 28, 2012
Hati~
Assalamualaikum...
Hmmm.....bile kite menyayangi dan mencintai seseorang tu kenapa hati kite sering sakit dan di sakiti???. Bagi aku kalau seseorang tue betul-betul menyayangi dan mencintai kita seharusnya dia menjaga perasaan kekasihnya dan menghargainya..Ye, aku tahu percintaan memerlukan tolak ansur dan kesabaran yang sangat tinggi dalam menjaga perhubungan yang terjalin, tapi kalau hanya sebelah pihak sahaja yang menjaga perasaan kekasih hati nya sedangkan dia seperti mengambil sambil lewa sahaja...malah sering menyatakan kan sesuatu perkara berkenaan hanyalah perkara kecil yang kita tidak patut perbesarkan dan bertengkar...apa yang akan dirasa oleh kekasihnya itu....ermmm....menerima perkara tersebut dengan redha nya dan mengangap dirinya yang bersalah kerana terlalu emosional dan sensitif....hmmmmm....malah selepas itu mencuba untuk merubah dirinya untuk menjadi lebih fleksibel dan sentiasa mencuba untuk menjadi sesempurna yang mungkin serta menjaga perasaan kekasihnye dalam menjaga hubungan yang terjalin.Apakah ini dinamakan tolak ansur dalam perhubugan?...Tetapi, alhamdulillah, dia tidaklah sebegitu..tidak mengabaikan aku sampai begitu sekali, cuma kadang kala saje aku merasakan dirinya seakan kurang peka akan perasaan hati ini..adakah aku yang ter'over "rase" akannya?
![]() |
| you color my world with your love my luv |
Tapi, salahkah aku untuk merasa hati? Salahkan aku kerana terlalu sensitif? Salahkah aku merasakan dirinya tidak seperti dulu..kurang peka akan diri ini....atau fikiran aku sahaja yang merasakan begitu??Adakah aku terlalu menjaga hatinya sehingga aku lupa akan hati aku yang kadang kala aku rasa sering aku lupakan...kerana ingin menjaga hatinya, hati aku menjadi sakit....aku takut ianya sakit sehingga aku pun tidak mampu menampungnya lagi...Ya Allah kau jauhkanlah rasa itu dari hati ku ini..sesungguhnya aku tahu hati ini kuat dan InsyaAllah akan kuat untuk menampungnya. Aku juga tahu bahawa rasa sakit dan kecil hati ini bukan nya lama akan aku rasainye..selalunya hanya beberapa minit dan selepas itu ianya akan reda dan ok dengan sendirinya...magik kan..hehe..(itu pun selepas meluahkan rasa sakit dan kecil hati tu...samada kepada dia ataupun blog nie..kalau tak diluahkan makan masa lama sikit kot..hee~)
Aku rasa....ermm..ye aku merasakan diri ku telah banyak berubah dan sentiasa mencuba untuk memahaminya dalam perhubungan ini...adakah dia perasan mengenainya?? Ye kadang-kadang aku pun ade menyakiti dan mengecilkan hati dia..tapi tahu kah die yang kenapa aku lakukannya?? Hanya semata-mata inginkan perhatian dia dan ingin merasakan diri aku ini masih penting dan disayangi.... =( ..Hmmm...ngade-ngade dan manja je aku nie kan...tapi nak buat macam mana ianya bukanlah rasa yang aku minta-minta akanya..tapi InsyaAllah aku akan cuba mengawalnya supaya tidak melarat terlalu jauh..
Adakah aku terlalu mengikut kata hati? terlalu mengikut perasaan? Adakah aku terlalu mengada-ngada dengan mengungkit nie semua??? Sesungguhnya aku sentiasa memujuk hati ini supaya lebih...lebih dan lebih bersabar dan memahami.. Cuba menenangkan fikiran dan perasaan ini dengan mengingati perkara dan memori manis bersama... Aku tahu perkara ini cumalah sekelumit rasa hati ku...tapi diri ini kadang kala hanyalah mahu die lebih peka dan paham aku...adakah aku seorang yang susah difahami??? Aku tahu dia sentiasa mencuba untuk menjaga hati ku juga..terima kasih...aku sangat menghargainya. Cuma ada kala nya hati ini 'mengada-ngada' mahukan lebih dari dia...huhhh!! wahai hati kenapa kau begitu...janganlah kau menyusahkan orang yang tuan kau sayang...cubalah kau berkerjasama..ok? =)
Ya Allah aku memohon padaMu berikanlah aku kekuatan dalam menempuhinya..berilah aku kesabaran pada hati ku ini yang sering merasa kesakitan dan berkecil..Sesungguhnya aku sangat menyayangi dia sehingga sanggup mengenepikan rasa hati ini. Aku serahkan hati nie padaMu..Kau jagalah hati ku ini supaya lebih kuat dan sentiasa kuat. Aku hanyalah hambaMu yang kerdil..yang lemah..yang sentiasa melakukan kesilapan dan alpa akannya...
I really in love with you my luv..may Allah bless our relationship always till rest of my life..InsyaAllah..amin
~I love you very much~
Monday, March 12, 2012
Berfikir~
Assalamualaikum....
Hari nie tibe-tibe je terfikir dengan details dan fokusnye...so seharian berfikir je...berfikir..berfikir....dan berfikir.........
Kadang kala bila kite terfikir sesuatu perkara yang kite rancang dan ketibaannye semakin hampir membuatkan kite berfikir pelbagai perkara....sempat ke nak siap kan semua perkara...dan yang paling penting cukup ke simpanan untuk menampung semua perbelanjaan???
Aderhhhh..semput-semput..banyak bende yang nak kena setel..bile buat plan and bajet...adesss...takut je tengok...hohohoho..hopefully tak ade la over bajet....kalau tak parah-parah...so kena pegang kuat-kuat bajet nie dan kawal ketat-ketat keinginan ...fuhhh...yela bukan ape kite nak yang terbaik je ...ye dokkkk~ Pastu kadang-kadang ade je perkara on the dot yang nak kena cover...tapi semua tue bukan penghalang..InsyaAllah~
Ya Allah...permudahkan segala urusan ku..kau murahkanlah rezeki ku ..semoga ape yang dirancangkan berjalan dengan lancar...
-----amin-----
* 188 days
* 6 months and 4 days
* 4,512 hours
* 270,720 minutes
* 16,243,200 seconds
Wednesday, March 7, 2012
Maklang~
Assalamualaikum....
Alhamdulillah..24hb Feb lepas kami sekeluarga menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga..Akak selamat melahirkan seorang baby lelaki yang chumel di beri nama Mohamad Adam Darwisy...sedapkan namanye..Darwisy bermaksud warak..InsyaAllah~
Minggu lepas baru je balik dari kampung...so melawat la sekali akak dan anak buah sulung kiteorang tu..hihi..
Seronok...yela almaklumlah anak buah pertama dan cucu pertama bagi mak dan abah..Excited beli barang-barang Darwisy...semua pun nampak comel jerk...cume cik ya (a.k.a mak teh..hihi) dan paklong nye je tak tengok lagi sebab masing-masing tak boleh balik cuti.
Ermm..tapi balik kampung kali nie tak leh request mak masak ape-ape dan mak pun tak de pun tanya nak masak or makan ape...yela dok busy jaga akak dalam pantang dan melayan cucu nye..sebelum balik kampung aritu ade teringin nak makan bubur kacang hijau, tapi sampai je kampung tak teringat langsung lagipun mak kan busy..yela dah jadi wan la kata kan.. =)
-----maklang-----
Thursday, February 23, 2012
I'm back in 2012~
Assalamualaikum....
Hello...
Alhamdulillah masih bernafas lagi...
1st entry untuk 2012 ni sedangkan dah masuk bulan February dah kot dan dah ujung bulan dah pun..hee~ Tahun baru azam baru, memang cukup sinonim laa kan..tahun ni tanam lagi azam-azam baru.. tapi bile di fikir-fikir kan azam tahun sebelum ni pun masih ade lagi kot yang belom dilangsaikan..tapi tak pelah 'carry forward' la ek hehe..
![]() |
| Selamat Tahun Baru..hehe..terlambat sudah.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)


