Friday, August 12, 2011

@isHiTeRu....アイシテル

Last week bb problem lak...so tak boleh la online...bb tue stand for broadband ek..bukan blackberry..huhu.. call celcom center..lepas tue baru lah boleh on9 tapi lembab..aderhhhh....die orang kate at my area memang sekarang surver tengah sesak...erkkkk...biar betiq....nape lak boleh kesesakan ek...ermmmm..ok2...back to the real story...hehhe...ok after dah boleh on9, so tinjau2 jap la fb..hehehe...ade la beberape notifications..dalam ati mesti request game je nie...'klik'..eh..eh b de post sumtin kat wall...link video....hehhe..teruja nak tengok...tapi sebab surver yang agak terkemut-kemut kelajuan nye...nak view post tu pun lame...adoii aiii...and bile dah boleh view post tue...xboleh nak bukak plak video nye...erkkkk... =.= hmmm..so malam tue biakan ia menjadi tanda tnya..video apakah itu??..

So keesokan hari nye...pe lagi kat opis bukak fb sebab nak taw video pe yang b post tue...hehhe...over xcited kan....hahhah...adoiii....so boleh la di bukak and diperdendangkan...hehehhe sweat!! nak tau lagu pe..? jom same2 dengar this song...from indonesia band..call Zivilia..AISHITERU~ thanks b.. luv u 2...3...4...5...heee~

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan terus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit untuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberfikir cari penggantimu  
(erkkk...betol ke?ooo de niat nak cari len ek...amboiii!!..hee)
saat kau jauh disana
Gelisah sesaat saja tiada khabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus aishiteru
 hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah

banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

@))---->>------  b アイシテル ------<<----((@

Wednesday, August 3, 2011

Menjaga & Memelihara Kesetiaan

Kesetiaan tidak selalu dimiliki setiap manusia. Tidak mudah malah mungkin terlalu banyak godaan untuk menjaga kesetiaan dengan pasangan. Berikut beberapa tips yang boleh digunakan untuk menambah keteguhan kesetiaan kita dan pasangan.

Mengertilah

Fahami dan mengertilah akan segala keadaan yang sedang menimpa pasangan kita, baik dalam keadaan senang, susah, putus asa atau semua situasi sekalipun. Janganlah kita menambah kekusutan hatinya dan meninggalkan dia ketika dia sedang menghadapi situasi yang sukar dalam kehidupannya . Dengan cinta dan kesetiaan kita seharusnya membangkitkan semangat pasangan kita untuk keluar dari permasalahan yang sedang dihadapinya. Jadilah pendengar yang setia dan jangan meninggalkan dia dan sentiasa setia menemani disampingnya dengan memberi kata-kata semangat dan galakkan kepada nya.

Ikhlas

Mencintai adalah memberi cinta dengan tulusnya dan janganlah bercinta kerana sebab yang tertentu atau mempunyai agenda yang tersembunyi disebaliknya untuk keuntungan peribadi. 

Terima seadanya

Terlalu banyak menuntut hanya akan berakhir dengan kepentingan peribadi sehingga tidak akan mampu menambahkan kedewasaan dan kematangan dalam perhubungan. Dalam perhubungan janganlah mencemari hati dan cinta dengan banyak tuntutan kerana ini akan menghancurkan hubungan kita dan pasangan. Jangan banyak mengeluh kepada pasangan tetapi ucapkan syukur dalam setiap dugaan yang tempuhi. Sikap untuk belajar memberi yang terbaik untuk pasangan akan semakin melebarkan rasa kesetiaan cinta kepada pasangan kita.

Jangan takut kecewa

Kebanyakan orang selalu ingin menghindari rasa kecewa, sebenarnya dengan kekecewaan kita dapat belajar serta fahami erti dan pahit manis kehidupan. Ada kalanya, kita merasa kecewa dengan pasangan, seperti adanya pertengkaran yang membuat hati kita terasa atau terluka. Namun, kita tidak perlu takut menghadapinya, kerana luka-luka kecil itu akan menambah kematangan diri kita. Cintalah yang akan memberikan semangat hidup kita untuk bangkit dari kekecewaan. So, agar kita tetap setia kepada cinta kita, jangan takut jika kecewa datang mengetuk pintu hati kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Tunjukkan sikap ‘kesetiaan’

Padukan perkataan dengan sikap yang menunjukkan bahawa kita tetap setia terhadap cinta pasangan kita. Semua itu membuktikan dalam hubungan terdapat kejujuran dan kepercayaan satu sama lain, dan dengan demikian kita berdua akan sama-sama menikmati buah kesetiaan tanpa perlu bimbang dengan adanya kebohongan serta kepura-puraan.


Hmmmm....setakat nie yang aku rasa boleh dicuba serta dititik beratkan oleh pasangan yang bercinta..ermm...pendek kata kita sebenarnya hanya perlu menjadi diri kita sendiri dan menerima pasangan kita seadanya serta cuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka dengan hati yang ikhlas... ^_^



***advise to myself also.... ^^



Tuesday, August 2, 2011

Give & Take~

Sedarkah kita, apabila kita bercinta dan memberikan hati kita kepada insan tersayang, maka kita juga memberi peluang kepada orang itu untuk menyakitkan hati kita secara sengaja atau tidak??? Sememangnya kita tidak berharap langsung hati yang diberi dengan penuh rasa sayang dan kepercayaan itu untuk disakiti terutamanya oleh yang kita sayangi...betapa luluhnya rasa hati jika ianya berlaku..kadangkala dia tidak menyedari pun yang sebenarnya dia telah menyakiti hati kita, begitu juga dengan kita...


Di sini pentingnya konsep memberi dan menerima..ermmm...apa yang nak diberi...apa yang nak diterima?
  • memberi waktu luang kita sepenuhnya secara ikhlas dan tanpa merungut
  • tunjuk perasaan yang sebenar kita
  • saling melengkapi antara satu sama lain
  • berkongsi suka duka bersama
  • memberi dia lebih daripada yang dia harapkan
  • jangan kedekut dengan pujian
  • saling menerima diri masing-masing seadanya dan berusaha menjadi lebih baik untuk dia yang tersayang

Sebenarnya kedua-dua memainkan peranan yang sangat penting dalam membina sebuah perhubungan yang berkekalan...saling berkerjasama...janganlah hanya berharap pada sebelah pihak sahaja..jika seseorang itu mahu menjadi sebahagian dalam kehidupan orang yang disayanginya, maka mereka akan sedaya upaya dengan usaha yang gigih dan tidak menjadikan alasan sebagai batu penghalang untuk mencapainya.





 InsyaAllah dengan izin-Nya..amin~

Mengenali~

Adakah kita cukup mengenali ahli keluarga, kawan-kawan dan pasangan antara satu sama lain??? Adakah kita cukup faham dan tahu akan kelakuan dan isi hati serta diri sebenar seseorang itu dengan hanya berkawan atau mengenali dalam tempoh yang lama?? Kadangkala walaupun telah berkawan atau menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang pun belum tentu cukup untuk kita mengenali sedalam-dalamnya diri seseorang itu. Mungkin pada dasarnya kelihatan rapat tetapi sebenarnya tidak cukup 'intim' antara kita.

Malahan, ada yang sesuke hati je mengatakan kita sebegini sebegitu...dengan yakinnya pulak tu!!! ishhhh...ishhh...ishhh...faham dan cukup kenal kah dia akan diri kita??? hmmmm.....tidak salah untuk menyatakan pandangan atau anggapan terhadap diri kita tetapi kadangkala membuatkan kita terdiam dan kelakar la plak....hehhehhe....aderhhhh....manusia..manusia...layan kan ajelah...Selagi tak menganggu gugat kehidupan kita layankan ajelah....mungkin itu akan membuat dia bahagia kot...amin~

Anggaplah kata-kata dan pendapat yang diberi terhadap diri kita sebagai 1 pujian walaupun kadang-kadang tak munasabah langsung...

Ramadhan Al-Mubarak~

Alhamdulillah syukur kita masih bernafas dalam bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan Ramadhan...

Syukur, Allah (swt) mengizinkan kita mengecapi nikmat iman dan Islam
Syukur, Allah (swt) mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah
Syukur, Allah (swt) jadikan padanya satu malam yang lebih baik sari seribu bulan
Syukur, Allah (swt) naungi kita dengan rahmat serta hidayahnya
Syukur, Allah (swt) pertemukan kita dengan bulan yang mulia ini
Ramadhan Al-Mubarak....Alhamdulillah~