Wednesday, March 2, 2011

Kejujuran~

Jujur!!! kata yang cukup pendek untuk diucapkan tetapi amat susah untuk dilafaz serta diaplikasikan. Benar kata orang kejujuran itu menyakitkan...yup mungkin ada kebenarannya. Bagi aku menyakitkan pada permulaannya tapi pengakhiran yang amat berharga kerana berani untuk berkongsi dan menyatakan kebenaran yang sebenarnya.

Semalam, aku mula faham erti kejujuran yang menyakitkan tetapi amat berterima kasih atas kejujuran itu. Kejujuran nya berterus-terang membuatkan aku sedih dan sakit hati seketika. Kadangkala terlintas di fikiran tahap kesetiaannya, takut untuk menerima dan menghadapi perkara-perkara yang tidak ingin berlaku. Malahan jika ia benar berlaku adakah aku cukup bersedia dan akan redha kah aku akan nya...Tetapi kejujuran itu membuat aku lebih mengenali dan lebih mempercayai diri nya. Aku juga mula sedar aku tidak sanggup untuk kehilangan diri nya.

Malahan kejujuran itu juga membuat aku sedar akan kesetiaan diri nya terhadapi diri ku.......Aku berdoa dan berharap kejujuran ini akan kekal selamanya...InsyaAllah dengan izin Nya...amin~

...Kejujuran yang membuat kita menangis adalah lebih baik daripada penipuan yang membuat kita tersenyum...

...Jika kita menanam kejujuran....kita akan menuai kepercayaan...

No comments:

Post a Comment